Mengenai Kami
Ucapan Pengarah
Assalamua’laikum & Salam sejahtera.
Terima kasih kerana meluangkan masa melawat laman rasmi ALegacy Empire Properties.
Sebagai Pengarah Syarikat, saya – Engr. Suzi – amat menghargai setiap sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan oleh para pelanggan, rakan niaga dan semua pihak yang terlibat dalam perjalanan syarikat ini.
ALegacy Empire Properties diasaskan dengan misi yang jelas iaitu “Membantu rakyat Malaysia memiliki hartanah idaman dengan bimbingan yang profesional, telus dan diyakini”. Kami percaya bahawa setiap inci tanah yang dibangunkan, setiap lot yang dipasarkan dan setiap perkhidmatan yang ditawarkan, adalah satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan integriti dan penuh tanggungjawah.
Dengan pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan hartanah, kami berusaha menyampaikan nilai tambah dalam setiap projek – bukan sekadar menjual, tetapi juga mendidik, membimbing dan merealisasikan impian pelanggan.
Slogan kami “Turn Your Dreams Into Reality”, bukan sekadar kata-kata – ia adalah komitmen kami dalam setiap langkah.
Akhir kata, saya berharap AEP terus menjadi rakan hartanah anda yang dipercayai. Semoga kerjasama yang terjalin memberi manfaat bersama, dunia & akhirat, Insya-Allah.
Dengan penuh penghargaan,
Pn. Suziah Ab. Hafidz (Engr. Suzi)
- Pengarah Syarikat,
- ALegacy Empire Properties
Latar Belakang Syarikat
ALegacy Empire Properties telah ditubuhkan pada tahun 2024 sebagai sebuah syarikat hartanah bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Syarikat ini diasaskan oleh Engr. Suzi, seorang jurutera bertauliah yang berpengalaman dalam pembangunan hartanah serta pengurusan teknikal dan pelaburan. ALegacy Empire Properties, singkatannya AEP, berperanan sebagai pemaju tanah lot banglo mikro, selain menyediakan khidmat nasihat profesional dalam pembelian, pemajuan dan urus niaga hartanah di Malaysia.
Kami juga memiliki sijil pengiktirafan sebagai “Professional Land Consultant” dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang telus, efisien dan berpandukan nilai integriti.
Antara fokus utama syarikat adalah :
- Pecah sempadan & pelan pembangunan tanah
- Urus jual beli tanah lot & rumah banglo
- Konsultasi kelulusan pihak berkuasa tempatan
- Penilaian potensi hartanah & pelaburan
Slogan kami “Turn Your Dreams Into Reality” mencerminkan hasrat kami untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki hartanah sendiri dengan panduan yang profesional dan diyakini.
Visi & Misi Syarikat
VISI SYARIKAT
Menjadi syarikat pemaju hartanah dan konsultan profesional yang diyakini di Malaysia, dengan menawarkan penyelesaian hartanah yang inovatif, berintegriti dan mampan – selari dengan keperluan pelanggan masa kini dan masa depan.
MISI SYARIKAT
- Memberikan perkhidmatan perundingan dan pembangunan hartanah yang telus, berkualiti dan berkesan.
- Membantu masyarakat memiliki hartanah melalui bimbingan strategik dan pemahaman teknikal.
- Mewujudkan kerjasama berpasukan yang profesional dan berdaya saing.
- Menyampaikan setiap projek dengan nilai tambah, kos efektif dan mengikut perancangan.
- Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan hartanah yang lestari dan bertanggungjawab.
Kami Komited Menyediakan Servis Hartanah yang Profesional & Boleh Dipercayai - Dapatkan khidmat nasihat hartanah terus daripada pasukan kami yang berpengalaman.
Jom dapatkan khidmat konsultasi daripada kami.